MAAHAD TAHFIZ ANNUR
     

sumbangan anda diperlukan

HADIS

"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
(Ayat 261, Surah al-Baqarah)


HADIS

Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”
(H/R. Bukhari).


Semoga sumbangan dari pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan itu diganjari oleh Allah Taala dan akan menjadi bekalan Di Hari Kemudian, iaitu Di Hari Yang Tiada Berguna Harta dan Anak Pinak, Kecuali Orang Yang Datang Kepada Allah Dengan Hati Yang Sejahtera
(maksud firman Allah)


Iklan Berbayar
http://www.image-share.com/upload/926/269.gif
Amalan untuk tambah rezeki. Klik sini




1.0 MUQADDIMAH

Usaha-usaha untuk melaksanakan sistem Pendidikan Islam yang syumul berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah memerlukan kesepaduan dan kerjasama semua lapisan masyarakat samada pemimpin agama, pemimpin negara, ahli ekonomi serta para cendekiawan ke arah menyokong cita-cita dan semangat perjuangan Islam.

Pada Januari 2007, AJK Pentadbiran dan Pengurusan Maahad Tahfiz An-Nur (MaTan) telah menyusun peranan dan fungsi bagi merangka sistem pengajian yang cekap ke arah melahirkan sebuah Pusat Pengajian Islam yang terbaik dari aspek pengajian dengan mengambil kira pandangan daripada penasihat-penasihat yang dilantik. Di samping itu, MaTan juga telah merangka sisten pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz Al-Quran dan ilmu-ilmu yang berkaitan dengannya melalui teknik pengajian "Talaqqi dan Musyafahah" serta "Tarannum" yang kurang dititik beratkan dalam kebanyakan sistem pendidikan moden.

Bermula dengan keperihatinan inilah terbinanya MaTan dengan harapan akan lahir generasi Al-Quran di celah-celah kemerosotan akhlak dan nilai di kalangan remaja masa kini sebagaimana yang berjaya dilahirkan oleh Rasulullah SAW pada zaman kebangkitan Islam dahulu. Semoga usaha kecil ini mendapat sokongan pelbagai pihak.

 

2.0 MATLAMAT MAAHAD TAHFIZ AN-NUR

  • Melahirkan generai Ulama' dan Hafiz Al-Quran yang berketrampilan, mahir dan beramal dengan isi Al-Quran.
  • Melahirkan generasi yang bertanggungjawab dalam semua aspek dan boleh bermandiri dalam menghadapi arus modenisasi.
  • Melahirkan generasi yang seimbang dari segi mental, fizikal dan rohani.
  • Menjadi pusat penghayatan Al-Quran yang bersepadu.
  • Ke arah membentuk generasi Al-Quran yang syumul.

 

3.0 OBJEKTIF

  • Membasmi buta Al-Quran di kalangan kanak-kanak sebelum baligh.
  • Melahirkan pelajar yang dapat menamatkan hafazan dalam masa 3 tahun.
  • Melahirkan para Hafiz yang serba boleh.
  • Menghidupkan tradisi pengajian Al-Quran berasaskan Sunnah Rasulullah SAW yang menekankan 5M (Membaca, Menulis, Menghafaz, Memahami dan Menghayati)

 

4.0 SEJARAH RINGKAS

Pada Januari tahun 2008 AJK Pentadbiran dan Pengurusan Maahad Tahfiz An-Nur (MaTan) telah memutuskan untuk menubuhkan pusat pengajian berkenaan serta menyusun peranan tugas dan fungsi bagi merangka sistem pengajian cekap ke arah melahirkan sebuah sekolah tahfiz yang terbaik dari aspek pengajian dengan mengambil kira pandangan daripada penasihat-penasihat yang dilantik. Di samping itu, MaTan juga merangka sistem pengajian yang mantap baik dari segi Tahfiz AL-Quran dan ilmu-ilm yang berkaitan dengannya, di mana ianya amat kurang dititik beratkan dalam kebanyakan sistem pendidikan moden.

 

5.0 MAKLUMAT MAAHAD

Nama Maahad Maahad Tahfiz An-Nur
Alamat No 21, Jalan 11,
Desa Subang Permai,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan
Email support@tahfizannur.com
No Telefon 013-3990239
Tarikh Bermula Operasi 1 Januari 2008

 

6.0 KURIKULUM

Kurikulum Maahad Tahfiz An-Nur adalah mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh pihak JAIS dan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pada sebelah pagi para pelajar dipertuntukkan masa untuk pelajaran Hafazan dan Agama, manakala pada sebelah petang pula para pelajar akan mempelajari subjek akademik mengikut sukatan matapelajaran yang ditetapkan oleh KPM. Ini bermakna di samping para pelajar menghafaz Al-Quran, mereka juga tidak akan ketinggalan mengikuti pendidikan yang diperlukan bagi membolehkan mereka menduduki peperiksaan UPSR, PMR dan SPM selaras dengan kehendak KPM.

Berkut adalah jadual waktu pengajian:

 

JADUAL WAKTU HAFAZAN

JAM
6.30-
7.30am
7.30-
8.30am
8.00-
10.00am
10.00-
10.30am
10.30-
12.30am
12.30-
2.00pm
8.00-
11.00pm
HARI

ISININ

H
I
N
G
G
A

JUMAAT

HAFAZAN

AL-QURAN

(BARU)

REHAT/

SARAPAN

PENGULANGAN

HAFAZAN

(LAMA)

MINUM

PAGI

QIRAAT

&

TAJWID

REHAT

HAFAZAN

BARU &

LAMA

 

JADUAL WAKTU AKADEMIK

WAKTU
2.00-
3.45pm
3.45-
4.15pm
4.15-
4.45pm
4.45-
5.15pm
5.15-
6.00pm
6.00-
6.45pm
HARI
ISNIN B.MELAYU SAINS R B.INGGERIS PENDIDIKAN ISLAM RIADHAH
SELASA MATEMATIK B.ARAB E B.MELAYU SAINS  
RABU B.INGGERIS PENDIDIKAN ISLAM H MATEMATIK B.ARAB RIADHAH
KHAMIS B.MELAYU SAINS A B.INGGERIS PENDIDIKAN ISLAM  
JUMAAT MATEMATIK B,ARAB T B.MELAYU SAINS RIADHAH