MAAHAD TAHFIZ ANNUR
     

sumbangan anda diperlukan

HADIS

"Bandingan (pemberian) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah,  sama seperti sebiji benih yang tumbuh mengeluarkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji.  Dan (ingatlah), Allah akan melimpat-gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya."
(Ayat 261, Surah al-Baqarah)


HADIS

Dari Abu Hurairah RA, Bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : “Apabila mati anak adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga, sedeqah jariah, ilmu yang dimanafaatkan dan anak yang soleh yang mendoakannya untuknya.”
(H/R. Bukhari).


Semoga sumbangan dari pihak YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan itu diganjari oleh Allah Taala dan akan menjadi bekalan Di Hari Kemudian, iaitu Di Hari Yang Tiada Berguna Harta dan Anak Pinak, Kecuali Orang Yang Datang Kepada Allah Dengan Hati Yang Sejahtera
(maksud firman Allah)


Iklan Berbayar
BangloKini.com
Displayproduk.com
http://www.image-share.com/upload/926/269.gif
Amalan untuk tambah rezeki. Klik sini



Salam

 



MAKLUMAN
Kami sedang mencari mana-mana syarikat atau individu yang ingin membantu membayar bil utiliti bulanan (elektrik/air) Maahad Tahfiz An Nur ini.
Sebarang pertanyaan untuk sumbangan / pendaftaran pelajar boleh hubungi :
Hubungi: 019-8993425 (Ust Amir)

 

Selamat Datang ke laman web rasmi Maahad Tahfiz AnNur. Maahad tahfiz ini memulakan sessi pengambilan anak-anak tahfiz pada 1 Januari 2008. Pada asalnya hanya satu unit rumah disediakan untuk menempatkan sebilangan pelajar-pelajar dari golongan anak yatim dan bukan anak yatim. Kini Maahad Tahfiz ini telahpun mempunyai 4 unit rumah teres dimana salah satu dari unit tersebut dikhaskan untuk pelajar perempuan.

Jumlah pelajar terkini adalah melebihi 100 orang (20 anak-anak yatim). Anak yatim dan miskin yang belajar dan menghafal al-Quran di Maahad ini ditanggung percuma sepenuhnya oleh pihak Maahad Tahfiz An-Nur. Jumlah ini semakin bertambah sejajar dengan cita-cita ibu bapa yang ingin melihat anak-anak mereka lahir sebagai seorang tahfiz yang berwibawa di dunia dan akhirat. Apatah lagi sekarang kita biasa dengar ungkapan "Satu Rumah Satu Tahfiz". Buat masa sekarang pihak Tahfiz An-Nur terpaksa menyewa beberapa lot bangunan milik individu di Desa Subang Permai, Shah Alam.

Kami pengendali Maahad Tahfiz ini, memohon jasa dan kemurahan hati YBhg. Dato'/Datin/Tuan/Puan dan semua Dermawan agar dapat bersama kami membantu meneruskan Maahad Tahfiz ini memandangkan kami memerlukan perbelanjaan bulanan yang semakin meningkat. Kami bersyukur dan berterima kasih atas sumbangan yang telah diberika oleh Hamba Allah yang sedikit sebanyak memastikan anak-anak Maahad Tahfiz ini dapat meneruskan perjuangan mereka.

Pihak Tahfiz An-Nur dan Anak-anak ini mendoakan agar Para Dermawan yang pemurah ini dianugerahkan kesihatan berpanjangan, umur yang berkat dan dimurahkan rezeki setiap masa dan keadaan. Amin.

MAAHAD TAHFIZ AN-NUR
NO 21 Jalan 11,
Desa Subang Permai,
40150 Shah Alam.
SELANGOR
013-3990239

 

Kami sedang berusaha untuk menyediakan sebuah pusat tahfiz yang lebih selesa kepada anak-anak ini. Projek menyediakan bangunan Maahad Tahfiz ini telah dimulakan sejak awal tahun 2010 dan sehingga kini masih dalam pembangunan mengikut kemampuan kewangan semasa.


Gambar bangunan terkini.

info lanjut...

 

Alhamdulillah...

Tahniah kepada pelajar-pelajar Maahad Tahfiz An-Nur yang telah berjaya menerima sijil khatam Al-Quran baru-baru ini.